626 BANDUAN DILEPASKAN SECARA BERLESEN SEMPENA HARI KEBANGSAAN – JABATAN PENJARA

Selangor Sebanyak 626 banduan lelaki dan wanita di seluruh negara dilepaskan secara berlesen sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, kata Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Kemasyarakatan) Ahmad Faudzi Awang.

Beliau berkata pemilihan dilakukan oleh jawatankuasa khas di bawah Komisioner Penjara dengan 77 daripadanya terdiri daripada banduan di Kompleks Penjara Kajang.

“Hanya yang benar-benar layak diberi peluang kembali ke pangkuan keluarga, majikan atau ditempatkan di rumah perantaraan. Pemilihan dibuat berdasarkan syarat ketat termasuk tempoh hukuman minimum, rekod disiplin baik serta lulus ujian psikologi,” katanya pada sidang media selepas program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) sempena Hari Kebangsaan 2025 hari ini.

Ahmad Faudzi berkata PBSL bukan sahaja memberi peluang kedua kepada banduan untuk kembali ke dalam masyarakat, malah membantu kerajaan menjimatkan kos pengurusan penjara.

📸 Muhd Nai’m | BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *