Puteri-puteri Raja Muda Perlis sempurnakan majlis “Soft Launch” Luminare Hall

Oleh: Sholina Osman
31 OGOS 2025

Luminare Hall yang terletak di Petaling Jaya Trade Centre, Damansara Perdana, secara rasminya telah memulakan operasinya dan kini bersedia menerima tempahan sebagai destinasi eksklusif bagi pelbagai acara istimewa.

Ruang serba elegan ini bukan sahaja sesuai untuk majlis perkahwinan, malah merupakan pilihan ideal untuk acara korporat, pelancaran, seminar serta majlis persendirian.

Majlis ‘Soft Launch’ Luminare Hall ini telah disempurnakan dengan keberangkatan puteri-puteri Raja Muda Perlis iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail, dan disambut oleh Pengerusinya, Datuk Dr. Syed Abdul Aziz Syed Zin Benyahya.

Acara ini turut diserikan dengan penganjuran “Wedding Affair”, sebuah pameran yang menghimpunkan pelbagai vendor perkahwinan terkemuka meliputi fesyen, perancang acara, dekorasi, katering serta perkhidmatan sokongan lain yang berkaitan.

PENGHARGAAN KEPADA SEMUA

Dalam ucapannya, Syed Abdul Aziz menzahirkan rasa syukur serta penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya para vendor, ahli keluarga dan pelanggan, atas sokongan padu mereka dalam menjayakan majlis pembukaan ini.

Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan acara tersebut tidak mungkin dicapai tanpa dedikasi pasukan pengurusan serta rakan kerjasama yang telah berusaha gigih memastikan kelancaran penganjuran.

“Wedding Affair” bukan sahaja mempertemukan vendor-vendor berpengalaman dalam industri perkahwinan, malah memberi peluang kepada bakal pengantin untuk mendapatkan inspirasi, menempah pakej eksklusif dan menikmati tawaran istimewa yang ditawarkan oleh para penyedia perkhidmatan.

Sebagai destinasi acara bertaraf premium, Luminare Hall menawarkan pakej serba lengkap merangkumi dewan eksklusif, dekorasi menawan, katering berkualiti, sistem PA bersama pengacara berpengalaman, jurusolek profesional serta penyelaras acara yang memastikan kelancaran majlis.

Ruang utamanya yang luas dan elegan mampu menampung sehingga 700 tetamu, dilengkapi dengan 25 meja, 250 kerusi Chiavari emas, bilik eksklusif untuk keluarga dan tetamu kenamaan (VVIP), serta bilik persiapan dan solekan khas buat pasangan pengantin. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *