



Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
1 SEPT 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menghadiri majlis makan malam dan persembahan gala yang dihoskan oleh Presiden Xi Jinping sempena Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Pusat Konvensyen Meijiang Tianjin.
“Saya amat menghargai ucapan tahniah yang dizahirkan Presiden Xi sempena sambutan Hari Kebangsaan hari ini, yang disampaikan tatkala beliau menyampaikan ucapan di hadapan puluhan pimpinan dunia lain,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Beliau bertemu dengan pemimpin antaranya dari India, Turkiye, Pakistan, Vietnam, Kemboja, Maldives dan Nepal, bagi membincangkan perkembangan kerjasama dua hala.
“Insya-Allah, padanSidang Kemuncak SCO esok akan menjadi wadah penting untuk memperkukuh kerjasama rantau ini serta mengangkat suara Malaysia di pentas antarabangsa,” kata beliau. – JM
