MESYUARAT PASCA KABINET KESUMA TUMPU PERSIAPAN RUU PEKERJA GIG

Wisma Pekerja, Putrajaya | 3 September 2025 (Rabu)

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah mengadakan Mesyuarat Pasca Kabinet yang dipengerusikan oleh YB Menteri Sumber Manusia pada hari ini.

Mesyuarat ini antara lain memberi tumpuan kepada perkembangan terkini berhubung persiapan seterusnya bagi Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pekerja gig yang dijadualkan untuk dibentangkan di Dewan Negara. Perbincangan berjalan dalam suasana yang konstruktif, dengan penekanan kepada usaha memastikan kebajikan pekerja gig terus terpelihara tanpa menjejaskan kelestarian ekosistem ekonomi digital negara.

Inisiatif ini mencerminkan teras Kesejahteraan dan Keadilan di bawah kerangka Malaysia MADANI, yang menitikberatkan keadilan sosial serta perlindungan menyeluruh kepada golongan pekerja dalam pelbagai sektor. KESUMA komited untuk memastikan undang-undang yang digubal mampu melindungi hak pekerja gig sambil memberi ruang kepada pertumbuhan ekonomi digital yang seimbang.

KementerianSumberManusia #KESUMA #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RUUPekerjaGig2025

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *