MAJLIS PERHIMPUNAN KESATUAN SEKERJA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 KUKUHKAN SOLIDARITI PEKERJA

Pulau Pinang | 6 September 2025 (Sabtu)

Lebih 3,000 ahli kesatuan sekerja awam dan swasta berhimpun dalam Majlis Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan 2025 yang dianjurkan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS). Majlis ini dirasmikan oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia, dan disertai pimpinan utama kesatuan sekerja serta kepimpinan negeri Pulau Pinang.

Perhimpunan ini menjadi wadah pengiktirafan peranan kesatuan sebagai rakan sosial kepada Kerajaan dalam memperjuangkan hak pekerja, selain mengukuhkan hubungan erat antara kerajaan, majikan dan pekerja. Acara turut menyaksikan penganugerahan Anugerah Kesatuan Sekerja 2025 kepada lima penerima:

✅ Anugerah Khas Menteri Sumber Manusia: YBhg. Dato’ Dr. Haji Adnan Bin Mat (CUEPACS)

✅ Anugerah Tokoh Kesatuan Sekerja: YBrs. Haji Aminuddin bin Awang (NUTP)

✅ Anugerah Contoh Sektor Awam: KESOJA

✅ Anugerah Contoh Sektor Swasta: Kesatuan Pekerja-Pekerja Air Kelantan Sdn. Bhd.

✅ Anugerah Contoh Sektor Badan Berkanun: KEJASA

Dalam ucapan perasmiannya, YB Menteri mengumumkan tiga inisiatif utama:

Pusat Sehenti Tenaga Kerja KESUMA – kini beroperasi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu, menyediakan semua perkhidmatan utama KESUMA di bawah satu bumbung.

Kursus Train-The-Trainer (TTT) percuma oleh HRD Corp untuk melahirkan 100 pakar latihan dalam bidang Perhubungan Industri dengan kos RM300,000.

Bantuan kewangan RM100,000 kepada MTUC bagi tahun 2025 serta pengumuman pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 untuk memperluas perlindungan keselamatan sosial 24 jam kepada pekerja

KESUMA yakin gerakan kesatuan di Malaysia akan terus berkembang secara progresif, setara dengan piawaian antarabangsa, dengan terus memperjuangkan hak pekerja, memperkukuh kemahiran dan memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

KementerianSumberManusia #KESUMA #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #KesatuanSekerja #JHEKS

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *