Kerajaan sentiasa fokus perkukuh institusi audit – PMX

Wartawan JM
9 SEPT. 2025

Kerajaan sentiasa fokus memperkukuh institusi-institusi audit antaranya pindaan pertama Akta Audit dalam 33 tahun serta penubuhan Jawatankuasa Ketidakaturan Serius adalah bukti nyata bahawa kita serius menangani pelanggaran tatakelola secara tuntas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tatakelola yang baik bukan beban, tetapi ia menjasi asas kepada kepercayaan rakyat dan pelaburan jangka panjang kepada kestabilan negara.

“Audit dalaman ialah benteng utama dalam memastikan amanah ini ditunaikan dengan penuh integriti,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar telah menyempurnakan pelancaran Persidangan Konfederasi Asia Institut Juruaudit Dalaman (ACIIA) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

TERAS KEPADA TATAKELOLA

Malah kata beliau audit dalaman bukan sekadar proses rutin, ia adalah teras kepada tatakelola yang baik dan pelindung kepada integriti perkhidmatan awam.

“Tanpa pemantauan yang telus dan bebas, risiko ketirisan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah akan terus membelenggu sistem kita,” tegas beliau.

Beliau berkata sejarah seperti skandal 1MDB dan krisis kewangan Asia mengajar kita betapa pentingnya memberi ruang dan sokongan kepada juruaudit dalaman untuk menjalankan tugas mereka tanpa gangguan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *