PMX lawat MIHAS, saksi MoU Malaysia-Palestin mengenai kerjasama ekonomi, perdagangan

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
19 SEPT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Pameran Antarabangsa Halal (MIHAS) serta menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Palestin mengenai kerjasama ekonomi dan perdagangan di Kuala Lumpur.

“Saya singgung mengenai kepentingan kembali kepada asas dan makna ‘halalan toyyiban’, iaitu suatu pendekatan holistik yang melihat halal sebagai simbol keyakinan dan kepercayaan, selain pertanggungjawaban dan etika dalam penekanan elemen kemampanan, kebersihan dan kesihatan,” kata beliau.

DARI MESEJ DAKWAH

Maksud halal adalah berasaskan kepercayaan, dan yang ditonjolkan dalam pameran ini juga adalah sebahagian dari mesej dakwah yang dizahirkan melalui amalan, tindakan dan perbuatan kita.

Jelas Perdana Menteri kedudukan Malaysia dalam bidang halal tentunya bukan perjalanan yang mudah.

“Saya turut rakamkan penghargaan atas pandangan jauh dan berwawasan almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada ketika itu telah menggerakkan ikhtiar ini bersama dengan kerjasama dan komitmen pelbagai pihak yang membantu membina keupayaan Malaysia dalam bidang halal yang terbukti kukuh dan dipercayai dunia,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *