




Wartawan JM
Foto FB Fahmi Fadzil
23 SEPT. 2025
Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil melawat beberapa kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Pantai Dalam yang rosak akibat bumbung tercabut, selain beberapa kenderaan turut terjejas.
Beliau juga difahamkan empat keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pusat Komuniti Lembah Pantai.
Pada sekitar 4.00 petang semalam, hujan lebat disertai ribut petir melanda kawasan Lembah Pantai, menyebabkan beberapa pokok tumbang di Bangsar dan Kerinchi.
“Mohon doa semua agar urusan mereka dipermudahkan, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai akan berusaha sedaya upaya menyalurkan bantuan kepada penduduk terjejas. Insya-Allah,” kata Fahmi. – JM
