


Wartawan JM
23 SEPT. 2025
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir dalam Program Nadi Aspirasi Nasional Bersama Anak Muda (NANBA) serta Program Muhibbah Kasih MADANI anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Pejabat Ahli Parlimen Kota Raja, serta Pertubuhan KASIH Malaysia yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Sentosa, Klang, Selangor.
Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi menyantuni komuniti di sini seperti Jualan Rahmah MADANI, Pertandingan Mewarna untuk Kanak-kanak, Pertandingan Rona MADANI, Saringan Kesihatan & Imunisasi, perkhidmatan Bas Bergerak Mekar oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan banyak lagi.
Turut hadir bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa
Dr. Gunarajah R. George; Ketua Pengarah J-KOM Datuk Ismail Yusop serta ahli-ahli jawatankuasa KASIH Malaysia.
“Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini,” kata Dr Wan Azizah dalam hantaran di FB.
