PMX terima kunjungan hormat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat dan delegasi

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
25 SEPT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Jamieson Greer, Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) dan delegasi sempena kehadiran mereka ke Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan yang berlangsung di Kuala Lumpur

“Dalam pertemuan ini kami bertukar pandangan berkaitan hubungan strategik kedua-dua buah negara serta ASEAN terutamanya dari perspektif perdagangan,” kata beliau dalam hantaran di FB.

“Saya tegaskan akan kepentingan Malaysia dan Amerika Syarikat memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang sedang dirundingkan hatta ini akan turut dapat mendorong ketentuan arah tuju dasar serta perancangan komuniti perniagaan kedua-dua buah negara,” tambah Anwar.

Beliau berkata Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang mengamalkan ekonomi terbuka sentiasa menjalin hubungan baik dengan semua rakan-rakan perdagangannya lantas akan dapat mendorong pertumbuhan ekonomi domestik yang mapan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *