




Wartawan JM
1 OKT. 2025
Hari Bersama Komuniti dan Perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sungai Kayu Ara telah berlangsung meriah pada 28 September 2025.
Majlis ini disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin, merangkap EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Program ini memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendekati perkhidmatan NADI yang berteraskan lima fokus utama, iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran serta Inisiatif Kerajaan.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN DIGITAL
Melalui pendekatan ini, penduduk berupaya meningkatkan kemahiran digital seiring dengan keperluan masa kini.
“Lebih 150 pengunjung hadir memeriahkan pelbagai aktiviti menarik seperti Taklimat Kempen Internet Selamat, perkongsian usahawan NADI, pertandingan e-sukan Mobile Legend, pertandingan mewarna kanak-kanak, Tiny Techies dan cabutan bertuah,” kata MCMC dalam kenyataan di FB. – JM
