PMX solat Jumaat, sunat hajat doa keselamatan sukarelawan GSF di Masjid al-Khadijah

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
3 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai masyarakat di Masjid al-Khadijah, Pantai Dalam, bersolidariti menunaikan solat Jumaat, solat sunat hajat menzahirkan harapan dan doa untuk keselamatan dan pembelaan kepada para sukarelawan Global Sumud Fortilla (GSF), serta keadilan dan kemenangan kepada bumi Palestin dan Aqsa.

Khutbah disampaikan Khatib Mohammad Amin Firdaus Sabudin bertajuk, ”Doa dan Solidariti” jelas mengingatkan kita untuk terus berdoa dan menyatukan hati demi agama, kemanusiaan serta terus menentang kezaliman dan kekejaman rejim zionis Israel.

Para jemaah diingatkan akan penderitaan berterusan dirasai rakyat Gaza sehingga membuka mata dunia untuk menentang kekejaman melalui misi dibawa GSF.

“Usai segalanya, saya berkesempatan menyantuni masyarakat setempat, bertanya khabar sebelum meneruskan program berikutnya,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Moga setiap langkah hari ini dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *