



Wartawan JM
6 OKT. 2025
Sepanjang September 2025, Cashless Society Sarawak telah menjelajah ke 13 lokasi, menarik seramai 3,399 pengunjung, merekodkan 1,714 transaksi tanpa tunai serta melibatkan 84 peniaga berdaftar dengan platform digital bersama sokongan rakan strategik di seluruh Sarawak.
Dalam masa yang sama, program Cashless Society: Train-The-Trainer (CS3T) turut dilaksanakan semasa Cashless Carnival @ Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Melalui inisiatif ini, pengurus NADI terpilih diberi peluang menimba pengalaman secara langsung sebelum berkongsi ilmu di NADI masing-masing.
Kerjasama erat antara kerajaan, institusi kewangan dan komuniti menjadi pemangkin kepada usaha Sarawak menuju ke arah masyarakat tanpa tunai.
“Penggunaan pembayaran digital bukan sahaja dapat memperluas pilihan pengguna, malah meningkatkan peluang inklusif untuk peniaga kecil,” kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam hantaran di FB. – JM
