Isteri PMX sambut 9 aktivis FFC, TMTG selamat tiba di tanah air

Wartawan JM
13 OKT. 2025

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyambut kepulangan sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Medleens to Gaza (TMTG) yang telah selamat tiba di tanah air petang tadi.

Turut hadir bersama, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr. Zulkifli Hasan.

“Mereka merupakan sebahagian daripada 150 peserta dari 25 negara yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza dengan menaiki kapal Conscience dan Umm Saad yang diketuai oleh Profesor Emeritus Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau berkata seluruh rakyat Malaysia berasa amat bangga atas keberanian dan komitmen pasukan Malaysia yang telah berjuang membawa mesej kemanusiaan dan keamanan untuk rakyat Gaza melalui misi ini.

“Perjuangan membebaskan Palestin tidak akan berhenti di sini. Kita akan terus mengukuhkan solidariti dan menyuarakan keadilan untuk rakyat Palestin dalam pelbagai bentuk dan saluran,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *