Liputan 5G kedua capai 54.9 %di kawasan berpenduduk – Fahmi

Wartawan JM
14 OKT. 2025

Liputan 5G kedua mencapai 54.9
peratus di kawasan berpenduduk.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata negeri dengan liputan tertinggi ialah Putrajaya (99.7%), Kuala Lumpur (90.9%), Labuan (90.8%), Pulau Pinang (82.3%) dan Selangor (70.9%).

Beliau berkata pembangunan rangkaian 5G kedua ini penting bagi memastikan persaingan sihat, liputan lebih meluas dan kualiti perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat.

“Pihak U Mobile telah membentangkan kepada saya status pembangunan rangkaian 5G kedua di Malaysia,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *