Malaysia berbangga sumbang kemasukan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN

Wartawan JM
Foto: Afiq Hambali
27 OKT. 2025

Malaysia ternyata gembira dan berbangga tatkala menyumbang kepada kemasukan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia memahami serta menggarap sejarah panjang serta deritanya di masa lalu.

“Lantas kita memanfaatkan peranan ‘Chair of ASEAN 2025’ dengan menempa lembaran baharu diplomasi dan pensejarahan ASEAN yang tentunya akan menjamin masa depan yang lebih meyakinkan buat Timor-Leste dan ASEAN seluruhnya,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

ATAS NAMA KELUARGA

Beliau berkata atas nama keluarga majmuk ASEAN, kita berdiri bersama atas semangat kasih sayang dan saling mendukung, saling hormat dan bergerak sederap ke hadapan.

Jelas beliau nilai ini memberi keyakinan bahawa Timor-Leste akan menjadi anggota yang menyumbang kepada kekuatan, suara dan perspektif yang akan memperkaya kepelbagaian serta memperkukuh perpaduan ASEAN, selain menjamin kestabilan dan kemakmuran buat warga Timor-Leste seluruhnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *