





Oleh: Sholina Osman
2 NOV. 2025
Kejayaan yang diraih oleh anak-anak kita hari ini bukan sekadar angka atas kertas.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ia adalah hasil usaha gigih, pengorbanan masa dan tenaga, sokongan padu daripada ibu bapa, bimbingan guru-guru, serta semangat tidak pernah mengalah dalam menuntut ilmu.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah kerana telah membuktikan bahawa kesungguhan dan disiplin tinggi mampu memghasilkan kecemerlangan, kata Dr Wan Azizah.
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
Terdahulu beliau merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Cheras, Kualq Lumpur hari ini.
Seramai 450 pelajar SPM tahun 2024 yang memperoleh keputusan SPM 7A dan keatas.
Dr Wan Azizah berkata majlis ini merupakan satu bentuk penghargaan kepada pelajar yang telah menunjukkan usaha luar biasa dalam peperiksaan SPM dan simbol dorongan agar mereka terus berjaya dalam perjalanan akademik seterusnya.
“Kejayaan bukan hadir secara kebetulan. Ia adalah hasil usaha gigih, disiplin tinggi, dan sokongan padu daripadaibu bapa dan guru,” kata beliau.
TAHNIAH KEPADA SEMUA
Justeru, itu Dr Wan Azizah menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang menerima anugerah hari ini.
“Anda adalah kebanggaan keluarga, sekolah, dan juga Parlimen ini,” tambah beliau.
Dr Wan Azizah berkata kejayaan dalam akademik bukanlah penamat tetapi permulaan kepada perjalanan masa depan yang lebih mencabar.
Beliau berharap para pelajar terus membina jatidiri, menanam nilai-nilai murni, dan menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara. – JM
