๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—ฅ๐—จ๐—š ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—–๐—ฌ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” & ๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ก๐—”๐—ฅ๐—ž๐—ข๐—ง๐—œ๐—ž (๐—๐—ฆ๐—๐—ก)

Bukit Aman, 3 November 2025 (Isnin) – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datoโ€™ Hussein Omar Khan menerima kunjungan hormat daripada Drug Policy Program Malaysia (DPPM) bersama pakar antarabangsa dari Portugal dan United Kingdom, melibatkan tokoh penting dalam bidang penguatkuasaan undang-undang serta dasar dadah moden.

๐—ง๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ :

  • Memperkukuh hubungan awal antara JSJN dan pakar antarabangsa melalui sesi pengenalan rasmi kepada YDH Datoโ€™ Pengarah JSJN.
  • Membuka ruang perbincangan strategik mengenai pendekatan semasa Malaysia dalam penguatkuasaan dadah, termasuk perbincangan isu dasar, cabaran operasi serta keberkesanan tindakan semasa.
  • Mendalami amalan terbaik antarabangsa, khususnya model pengendalian isu dadah di Portugal dan United Kingdom, merangkumi pengalaman lapangan, pencegahan, pemulihan, serta polisi yang digunakan oleh Polis Negara Portugal.
  • Mendengar pembentangan oleh Commander Polis Portugal, yang berkongsi bagaimana agensi penguatkuasaan mereka menangani penyalahgunaan dadah melalui pendekatan bersepadu, komuniti, dan strategi kepolisan moden.

Delegasi kunjungan hormat disertai oleh Supt. Commandant Rui Filipe Costa (Public Security Police of Lisbon), Mr. Nuno Capaz (Lisbon Dissuasion Commission), Mr. Neil Woods (Law Enforcement Action Partnership), Mr. Palani Narayanan (Pengarah Drug Policy Program Malaysia) dan En. Farid Zuhri Ismail (Pegawai Teknikal Kanan, DPPM) manakala wakil JSJN dihadiri oleh YDH DCP Mohd Zani bin Che Din, Timbalan Pengarah Narkotik (Perlucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), YDH DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin bin Che Ali, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), YDH SAC Datuk Mohd Zaki bin Ashar, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am), YDH SAC Datuk Jasmirol bin Jamaluddin, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), YDH ACP Chandra Segaran Subramaniam, Penolong Pengarah Narkotik (Perundangan) dan barisan Pegawai Kanan JSJN Bukit Aman.

Kunjungan ini menjadi platform penting dalam pengukuhan rangkaian kerjasama global, sekaligus menyokong usaha JSJN memantapkan strategi memerangi jenayah dadah melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran antarabangsa.

Jurufoto : L/KPL Mohd Al Hakim bin Roslin

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *