Mohd Sakeri Abdul Kadir dilantik Presiden Perbadanan Putrajaya baharu berkuatkuasa hari ini

Oleh: Sholina Osman
15 NOV. 2025

Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir dilantik sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya ke-8, berkuatkuasa hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menyaksikan penyerahan tugas Presiden Perbadanan Putrajaya ke-7, Datuk TPr. Fadlun Mak Ujud kepada Datuk Mohd Sakeri.

Pelantikan Mohd Sakeri, 56 sebagai Presiden merangkap Pengerusi Perbadanan Putrajaya adalah selaras dengan Perenggan 5(1)(a), Akta Perbadanan Putrajaya 1995 [Akta 536], berkuat kuasa 15 November 2025.

PENGALAMAN YANG LUAS

“Saya percaya dengan pengalaman yang luas dan pelbagai, Mohd Sakeri akan memberi nilai tambah penting dalam memimpin pembangunan di
Putrajaya,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

Dr Zaliha berkata semoga Mohd Sakeri akan menerajui Perbadanan Putrajaya dengan cekap, berintegriti dan visi yang jelas, sekali gus memperkukuh agenda pembangunan bandar, selari dengan visi Bandar CHASE.

“Ini termasuklah usaha-usaha meningkatkan kualiti penyelenggaraan bandar, pendigitalan perkhidmatan perbandaran, pengukuhan mobiliti hijau, pembangunan komuniti yang inklusif serta perancangan jangka panjang Putrajaya berpaksikan nilai-nilai MADANI, selaras dengan perancangan Rancangan Struktur Putrajaya 2050 (RSP50),” tambah Dr Zaliha.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN

Dr Zaliha juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Fadlun atas kepimpinan beliau menerajui Perbadanan Putrajaya sejak 2022.

“Sumbangan beliau dalam memperkukuh inisiatif bandar pintar, pengurusan hijau, penyediaan kemudahan komuniti dan reputasi Putrajaya sebagai bandar pentadbiran moden amat dihargai,” kata Dr Zaliha.

Mohd Sakeri, 56, sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) di Kementerian Kerja Raya.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi Matematik) dari Temple University, Amerika Syarikat, serta Sarjana Ekonomi dari
Universiti Putra Malaysia (UPM).- JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *