PMX, delegasi teruskan Diplomasi MADANI ke destinasi terakhir Nairobi, Kenya

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
24 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia kini meneruskan misi Diplomasi MADANI ke destinasi terakhir yakni Nairobi, Kenya.

Kunjungan kerja ke Johannesburg mencapai matlamat utamanya, memperkukuh hubungan kerjasama merentasi pelbagai bidang strategik antara Malaysia dan Afrika Selatan, serta membuka ruang baharu yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Di pentas Sidang Kemuncak G20, Malaysia turut menzahirkan pendirian tegas dan berprinsip terhadap isu-isu mendesak yang menuntut keadilan, keamanan dan tindakan kolektif masyarakat antarabangsa.

“Saya rakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan kementerian terlibat, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria, para petugas keselamatan serta rakan-rakan media yang telah memastikan kelancaran keseluruhan program,” kata Anwar dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *