PX dan delegasi Malaysia berlepas pulang ke KL selepas selesai lawatan di Nairobi

24 November 2025

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim kini berlepas pulang ke Malaysia selepas selesai melakukan lawatan rasmi di Nairobi.

Turut bersama PX adalah
delegasi Malaysia yang turut menyertai lawatan tersebut.

PMX berkata, secara keseluruhan misi singkat Diplomasi MADANI di Nairobi itu telah mencapai matlamat dalam memperkukuh hubungan dua hala serta membuka ruang kerjasama yang lebih luas merentasi pelbagai sektor strategik antara Malaysia dan Republik Kenya.

“Terima kasih Presiden Dr. William Samoei Ruto dan Kerajaan Republik Kenya atas layanan yang cukup baik kepada saya dan delegasi Malaysia.

” Salut saya juga kepada seluruh pasukan kementerian serta agensi terlibat, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, para petugas keselamatan dan rakan-rakan media yang telah memastikan kelancaran setiap susunan program, ” kata PMX dalam perkongsian beliau dalam laman sosial hari ini.

🇲🇾🤝🇰🇪

MalaysiaMADANI

MADANIbekerja

DiplomasiMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *