



25 November 205
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di tanah air pada 9.15 pagi tadi selepas menyempurnakan siri lawatan ke tiga negara di benua Afrika.
Menurut PMX misi Diplomasi MADANI ke benua Afrika kali ini membuahkan hasil signifikan, sekali gus mengukuhkan hubungan, membuka peluang baharu dan memperluas kerjasama strategik demi manfaat bersama.
” Alhamdulilah. Delegasi Malaysia selamat tiba pada jam 9.15 pagi tadi.
“Kini tiba masanya untuk menterjemahkan setiap komitmen dan persetujuan ini kepada dasar serta tindakan yang membawa kesejahteraan nyata kepada rakyat dan negara”
kata Anwar dalam perkongsian di laman media sosialnya hari ini.
