Malaysia hargai khidmat Duta Besar Indonesia ke Malaysia – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
29 NOV. 2025

Kerajaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat besar Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono serta komitmen berterusan kerajaan ini dalam memantapkan hubungan dua hala.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia termasuk usaha menangani isu-isu utama seperti pekerja migran dan sempadan.

Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat Hermono, yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau dan kembali ke Jakarta dalam masa terdekat.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat besar beliau serta komitmen berterusan Kerajaan Indonesia,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Sehubungan itu kata beliau Malaysia komited untuk terus memperkukuh kerjasama erat dengan Indonesia demi manfaat dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *