Info Ringkas:(1 Dis 2025)

SESI LIBAT URUS RANG UNDANG-UNDANG KEMENTERIAN DALAM NEGERI BERSAMA DENGAN AHLI-AHLI SENATOR DEWAN NEGARA PADA MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KELIMA BELAS

KUALA LUMPUR, 1 Disember 2025 – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengetuai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Sesi Libat Urus Rang Undang-undang (RUU) Agensi Persendirian (Pindaan) 2025, RUU Imigresen (Pindaan) 2025 dan RUU Pasport (Pindaan) 2025 di Parlimen Malaysia, hari ini.

Turut hadir pada sesi ini, pegawai-pegawai kanan KDN daripada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Bahagian Perancangan Strategik, Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Pejabat Penasihat Undang-undang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Unit Komunikasi Korporat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *