2 Disember 2025

Seorang pelajar Doktor Falsafah (PhD) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) maut manakala rakannya cedera selepas kereta Perodua Axia yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik di kampus universiti itu, di Jeli petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang, mangsa, Muhammad Amidee Abdullah, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya berjaya keluar menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Kamarulzaman Harun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada 6.35 petang sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *