Dewan Rakyat luluskan RUU FINAS (Pindaan) 2025 – Fahmi

Oleh: Sholina Osman
4 DIS. 2025

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) (Pindaan) 2025.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata pindaan ini memperkukuh ekosistem perfileman negara, termasuk kebajikan kru, standard kontrak dan keselamatan produksi, agar industri kreatif terus berkembang secara sihat dan berdaya saing.

“Kita juga mahu pastikan kerangka perfileman selari dengan perkembangan teknologi dan landskap digital,” kata beliau dalam hantaran di FB.

KARYA BUKAN KOMERSIAL

Fahmi berkata pempengaruh serta pencipta kandungan yang menghasilkan karya bukan komersial kekal dikecualikan daripada pelesenan.

Selain itu beliau berkata aspek tadbir urus turut diperkemas, termasuk takrifan yang lebih jelas dan penstrukturan keanggotaan, selaras dengan teguran Laporan Ketua Audit Negara 2021.

“Insya-Allah, langkah ini bakal memperkukuh pembangunan sektor kreatif tanah air,” tambah Fahmi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *