


5 Disember 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Ahli Parlimen Kinabatangan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Sebagai sahabat lama, Anwar berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu dikenang sebagai seorang tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.
“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Pengerusi Barisan Nasional Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan dan ADUN Lamag, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi,” kata PMX.
Sebagai seorang sahabat lama, beliau mengenang Allahyarham sebagai tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.
Jasa serta komitmen beliau dalam arena politik, khususnya terhadap rakyat Sabah dan negara, akan terus dihargai dan terpahat dalam ingatan.
” Saya mendoakan agar keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini, dan semoga roh Allahyarham diampunkan segala dosanya serta ditempatkan pada kedudukan yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah,” ujar PMX dalam perkongsiannya di laman media sosial hari ini.
