πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π…π‘π€ππ‚π€πˆπ’ π‘πŒπŸπŸŽπŸŽ ππˆπ‹πˆπŽπ πŒπ„ππ‰π„π‹π€ππ† πŸπŸŽπŸ‘πŸŽ – π€π‡πŒπ€πƒ π™π€π‡πˆπƒ

15 Disember 2025

KualaLumpur : Malaysia menetapkan sasaran tinggi untuk mencapai RM100 bilion dalam jualan francais negara menjelang 2030, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sasaran itu mampu dicapai sekiranya industri francais mengekalkan kadar pertumbuhan tahunan antara lapan hingga 10 peratus, di samping giat mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa.

“Lebih banyak jenama Malaysia perlu meneroka pasaran global, dengan mewujudkan kehadiran sekurang-kurangnya di 25 negara dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Persatuan Francais Malaysia (MFA) malam ini.

(Sumber Berita BERNAMA)
πŸ“Έ Zulaikha Zainuzman | BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *