






Oleh: Sholina Osman
16 DIS 2025.
Majlis Penyerahan Tauliah Pelantikan Ahli Lembaga Penasihat dan Penyelarasan Pendidikan Islam Negeri Perlis telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar baru-baru ini.
Majlis berkenaan menyaksikan penyerahan tauliah pelantikan yang dikurniakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga merangkap Tuanku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Penubuhan lembaga penasihat dan penyelarasan yang diwujudkan buat julung kalinya oleh MAIPs ini merupakan manifestasi kesungguhan badan tertinggi agama Islam negeri dalam memastikan agenda pemerkasaan serta penambahbaikan pendidikan Islam di Negeri Perlis dapat dilaksanakan secara lebih sistematik, tersusun dan holistik.
MENGGALAS AMANAH BESAR
Majlis tersebut melibatkan pelantikan barisan ahli lembaga yang akan menggalas amanah besar dalam merangka, menasihati, serta menyelaras hala tuju pendidikan Islam negeri ke arah kecemerlangan berteraskan nilai-nilai Rabbani.
Senarai Ahli Lembaga Penasihat dan Penyelarasan Pendidikan Islam Negeri Perlis terkini adalah seperti berikut:
Pengerusi
• Profesor Madya Dr Mohd Akram Datuk Dahaman @ Dahlan,
Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP),
Universiti Utara Malaysia (UUM).
Ahli-ahli
• Profesor Dr Asyraf Isyraqi Jamil
Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Global,
Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ)
• Mohd Nazim Mohd Noor
Ketua Pegawai Eksekutif,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
• Maizura Shamsuddin
Pengarah,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)
• Tajul Urus Abdul Halim
Timbalan Mufti Negeri Perlis
• Rose Aza Che Arifin
Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
• Noorhamizi Mohd Yaacob
Pengarah,
Yayasan Islam Perlis
• Muhammad Haafzuddin Abirerrah
Ketua Penolong Pengarah Pendidikan,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), dan
• Mohammad Isyraf Ishak
Penolong Pengarah Pendidikan,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)
Tuanku Raja Muda menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli lembaga yang dilantik.
INTEGRITI DAN KOMITMEN
Diharapkan amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti dan komitmen demi memartabatkan syiar Islam serta menjamin masa depan pendidikan anak-anak Negeri Perlis.
Semoga segala usaha murni ini mendapat keberkatan Allah SWT dalam melahirkan generasi Rabbani yang berilmu, berakhlak dan cemerlang.
Di program yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada seramai 30 orang asnaf terpilih.
Penerima-penerima adalah terdiri daripada 15 asnaf dari kariah Masjid Alwi Kangar dan 15 asnaf lagi dari kariah Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail dengan keseluruhan sumbangan bernilai RM21,000. – JM
