

17 Disember 2025
Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 22 Disember ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, inisiatif yang diusahakan oleh Malaysia dan ASEAN itu bertujuan mengendurkan ketegangan serta mengelakkan sebarang peningkatan konflik di sepanjang sempadan Thailand – Kemboja.
Menurut Perdana Menteri lagi, mesyuarat tersebut juga akan membolehkan ASEAN berbincang secara kolektif, menentukan fakta sebenar di lapangan, serta mempergiat usaha memujuk kedua-dua pihak untuk menghentikan serangan di barisan hadapan, bermula dengan gencatan senjata serta-merta.
- Berita Ringkas
- (Sumber BERNAMA)
