SPRM SABAH SYOR PERKUKUH TATAKELOLA BERHUBUNG PELAKSANAAN PROGRAM RUMAH MESRA SABAH MAJU JAYA DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH

KOTA KINABALU, 22 Disember – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah telah melaksanakan Sesi Pembentangan Penambahbaikan Tatakelola kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) dalam usaha meningkatkan akauntabiliti melalui pelaksanaan prinsip-prinsip tatakelola yang baik selari dengan keperluan, cabaran persekitaran masa kini dan akan datang.

Lima cadangan penambahbaikan tatakelola telah disyorkan oleh Cawangan Penyiasatan Tatakelola (CPT) SPRM hari ini berhubung isu Rumah Mesra Sabah Maju Jaya yang tidak diduduki setelah siap dibina. Cadangan penambahbaikan berkenaan telah disambut baik oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Hajah Myrna Jimenez dan bersetuju untuk mengambil tindakan bagi menambahbaik kelemahan yang ditemui.

Pembentangan telah disampaikan oleh Pengarah SPRM Sabah, Datuk TPj Mohd Fuad Bee bin Haji Basrah dan turut dihadiri oleh Ketua Cawangan Penyiasatan Tatakelola, PPj Hamsia binti Abdul Ham, Pegawai Penyiasat Tatakelola SPRM Sabah serta wakil Bahagian Integriti Dan Governans Negeri Sabah, Tuan Mohd Jamri bin Ag Damit.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *