





23 Disember 2025
Tiada reformasi sistem kesihatan yang boleh berjaya tanpa tenaga kerja yang bermotivasi. Namun, kita mewarisi isu legasi yang telah lama membelenggu petugas kesihatan β daripada ketidaktentuan status kontrak hinggalah kekeliruan laluan kepakaran (parallel pathway).
Jika dibiarkan, keadaan ini berisiko menghakis moral barisan hadapan dan menyebabkan kehilangan bakat kritikal yang amat diperlukan negara.
Melalui kluster ini, kita melaksanakan pembetulan struktur termasuk pindaan Akta Perubatan 1971 dan pelaksanaan lantikan tetap terbesar dalam sejarah terkini sektor kesihatan. Ini bukan solusi mudah, tetapi langkah perlu untuk menoktahkan kemelut berpanjangan.
Ini adalah pelaporan masa nyata tentang usaha kita membina asas perjawatan yang lebih adil, stabil dan bermaruah β demi melindungi aset terpenting sistem kesihatan negara: para petugasnya
