
Wartawan JM
Foto RPO
30 DIS. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sambil menyembah maklum perkembangan semasa negara.
“Alhamdulillah, saya turut mempersembahkan perkara-perkara berkaitan urusan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat,” kata Anwar dalam perkongsian di FB.
Beliau juga mendoakan semoga Baginda Tuanku dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta berada dalam lindungan Allah SWT. – JM
