KEJAYAAN OPERASI CARILAMAT 2025

31 Disember 2025

Info Ringkas

Keselamatan perairan negara adalah amanah bersama.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Maritim Malaysia serta rakan strategik yang menjadi barisan hadapan mempertahankan keselamatan perairan negara.

Sepanjang pelaksanaan Operasi CARILAMAT 2025, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah membuktikan keupayaan, kesiapsiagaan dan komitmen tinggi dalam menyelamatkan nyawa serta melindungi harta benda di Zon Maritim Malaysia.

📊 Pencapaian Utama Operasi CARILAMAT 2025:
🔹 249 insiden di laut direkodkan
🔹 1,921 mangsa terlibat
🔹 1,762 nyawa berjaya diselamatkan
🔹 RM1.8 bilion nilai harta berjaya diselamatkan
🔹 99.78% kadar pencapaian operasi

Walaupun berdepan peningkatan insiden akibat cuaca ekstrem, kecekapan aset, tindak balas pantas serta koordinasi pelbagai agensi telah memastikan operasi dilaksanakan secara berkesan, berdisiplin dan berfokuskan keselamatan rakyat.

🗣️ Petikan YB Menteri Dalam Negeri

“Keselamatan maritim adalah sebahagian daripada keselamatan negara. Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri akan terus memperkukuh keupayaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi memastikan nyawa, harta dan kedaulatan perairan negara sentiasa dilindungi.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

⚓ Maritim Malaysia – Teguh Menjaga Perairan Negara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *