PERMOHONAN LANJUTAN PAS LAWATAN SOSIAL JANGKA PANJANG (PLSJP) SECARA ATAS TALIAN

Info Ringkas

31 Disember 2025

Kini lebih mudah lanjutan PLSJP boleh dilakukan melalui sistem ePLSI dilaman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia iaitu www.imi.gov.my

KELEBIHAN MENGGUNAKAN ePLSI

📌Pemohon tidak perlu hadir ke kaunter – ePAss boleh dicetak sendiri setelah permohonan diluluskan
📌Tempoh permohonan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja

PERMOHONAN YANG LAYAK MOHON

📍Pasangan kepada warganegara Malaysia
📍Pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang
📍Pemegang Pas Lawatan Iktisas

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, pemohon perlu memastikan setiap permohonan adalah lengkap dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Permohonan yang perlu dikemukakan dikaunter sekiranya:

📌Permohonan baru
📌Passport tamat tempoh / kurang 6 bulan
📌Penukaran passport baru
📌Status senarai hitam (blacklist)

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Sistem Pertanyaan Online ( SPO) http://eapp.imi.gov.my/tanya/create

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *