
30 Disember 2025
Seorang anggota tentera darat daripada Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), Sungai Udang, di sini mengalami kecederaan semasa melakukan latihan penerjunan di Padang Encore, Klebang pada Ahad lepas.
Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, bagaimanapun anggota terlibat, Kpl Syed Mohd Azayuzil Afifi Syed Mohd Aziz, 32, berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan rapi serta pemantauan lanjut di Hospital Besar Melaka.
Dalam kejadian kira-kira 6.40 petang itu, anggota terbabit sedang melaksanakan penerjunan bebas bagi sortie kelima bersempena dengan persiapan Pertunjukan Hari Ulang Tahun TDM ke- 60.
