
1 Jan 2026
Info Ringkas
Setiap anggota PDRM yang bertugas di Sekatan Jalan Raya dipantau secara rapi melalui perintah operasi, pematuhan prosedur kerja, serta penggunaan Body Worn Camera (BWC). Langkah ini bertujuan memastikan ketelusan, integriti, dan akauntabiliti sepanjang operasi dilaksanakan.
Usaha ini selari dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan nilai amanah serta tadbir urus berintegriti dalam penyampaian perkhidmatan keselamatan kepada rakyat.
