Malaysia MADANI melangkah yakin ke hadapan bersama rakyat sambut harapan baharu – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
1 JAN. 2026

Malaysia MADANI melangkah yakin ke hadapan, bersama-sama rakyat menyambut harapan baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inilah komitmen Kerajaan MADANI untuk Malaysia.

Beliau mengucapkan ‘Selamat Tahun Baharu!’

PERKUKUH EKONOMI NEGARA

“Dalam kepelbagaian, kita bina keharmonian sebagai teras kemajuan. Dalam perpaduan, kita perkukuh ekonomi negara demi kesejahteraan semua,” kata Anwar dalam perkongsian di FB.

Anwar turut memuat naik video berdurasi satu minit 47 saat yang memaparkan beliau meraikan sambutan tahun baharu bersama-sama rakyat Malaysia malam tadi.

Serentak itu juga dilancarkan Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 menerusi penganjuran Visit Malaysia 2026 Countdown Festival, di Pavilion Kuala Lumpur. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *