
Wartawan JM
6 JAN. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan keafiatan serta kesembuhan segera buat Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Tun M kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya.
“Saya dan Azizah mendoakan keafiatan dan kesembuhan segera buat Tun, insya-Allah,” kata Anwar menerusi perkongsian di Facebook.
Setiausaha Akhbar Tun Mahathir, Sufi
Yusoff mengesahkan perkara itu menerusi makluman di saluran kumpulan media rasmi Dr M Media Updates di aplikasi WhatsApp hari ini.
Beliau berkata pemimpin berusia 100 tahun itu dilaporkan dalam keadaan sedar. – JM
