MyDigital ID sebagai Log Masuk Tunggal MyNIISePendigitalan Selamat, Mudah & Berfokuskan Rakyat

7 Jan 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus komited memperkukuh pendigitalan perkhidmatan imigresen negara melalui pelaksanaan MyDigital ID sebagai platform log masuk tunggal bagi aplikasi MyNIISe, bermula 15 Januari 2026.

Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan pengesahan identiti, malah memudahkan urusan rakyat dengan konsep satu log masuk sahaja, tanpa menjejaskan perlindungan data peribadi pengguna. Pelaksanaan ini selari dengan usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk menyediakan perkhidmatan awam yang lebih cekap, selamat dan berfokuskan rakyat.

MyNIISe kini digunakan di pintu masuk utama negara dan akan diperluaskan secara berperingkat ke lapangan terbang antarabangsa utama, mencerminkan kesiapsiagaan negara dalam memanfaatkan teknologi digital bagi pengurusan imigresen moden.

“Pendigitalan perkhidmatan bukan sekadar soal teknologi, tetapi tentang membina kepercayaan rakyat. Pelaksanaan MyDigital ID dalam MyNIISe mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI dan KDN untuk memastikan urusan imigresen negara dilaksanakan secara selamat, cekap dan berteraskan kepentingan rakyat.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *