Lawatan Turkiye sangat berhasil, buka peluang baharu yang bermanfaat kepada rakyat dua negara – PMX

9 Jan 2026

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim dan isteri serta delegasi Malaysia berlepas pulang ke Kuala Lumpur sebaik selesai urusan rasmi di Istanbul, Republik Türkiye.

Kunjungan rasmi PMX dan rombongan ke Ankara dan Istanbul ini sangat berhasil, bukan sahaja dalam memperkukuh hubungan dua hala merentasi pelbagai bidang strategik, malah membuka peluang baharu yang membawa manfaat langsung kepada rakyat kedua-dua negara.

KEKAL SEBAGAI JAMBATAN STRATEGIK TIMUR DAN BARAT

Jelas PMX , Türkiye kekal sebagai jambatan strategik Timur dan Barat, serta rakan yang konsisten berteraskan prinsip, saling menghormati dan kepercayaan.

” Penghargaan setulusnya kepada Presiden Erdoğan, Emine Erdoğan serta seluruh rakyat Türkiye atas layanan penuh keikhlasan dan kekeluargaan yang diberikan kepada saya, Azizah dan delegasi Malaysia sepanjang berada di bumi Anatolia ini.

” Salut saya kepada jentera Wisma Putra dan MITI, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, para petugas keselamatan serta rakan-rakan media yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan setiap aturcara berjalan lancar dan tersusun,” jelas PMX dalam perkongsiannya di laman media sosial awal pagi tadi.

Teşekkür!

🇲🇾🇹🇷

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *