JSJN SABAH RAMPAS SYABU HAMPIR 40KG, TIGA LELAKI DITAHAN DI PENAMPANG

Kota Kinabalu, 8 Januari 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah berskala besar apabila merampas dadah jenis syabu seberat kira-kira 39.5 kilogram dalam satu serbuan di Penampang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh bin Dikun, berkata kejayaan berkenaan hasil risikan berterusan, tindakan pantas anggota di lapangan serta kerjasama rapat pelbagai agensi keselamatan dan orang awam.

SERBUAN PERTAMA

Serbuan pertama dijalankan pada 6 Januari 2026, sekitar jam 11.26 malam di sebuah rumah di Taman Donggongon, Penampang. Polis menahan dua lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan ketika sedang menyusun bungkusan plastik dan kotak di ruang tamu.

Hasil pemeriksaan menemukan 40 bungkusan plastik lut sinar bersaiz besar mengandungi hablur jernih disyaki methamphetamine (syabu) dengan nilai pasaran dianggarkan RM1.26 juta. Dadah tersebut dipercayai mampu menampung lebih 112,000 kali penggunaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. Kedua-dua suspek kini direman sehingga 14 Januari 2026.

Siasatan lanjut membawa kepada tangkapan susulan pada 2 Januari 2026 di sebuah apartmen di Beverly Hills, Penampang, melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun. Polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk ekstasi dan ketamin dengan anggaran berat keseluruhan 283.71 gram, bernilai hampir RM26,000, serta sebuah kenderaan Perodua Bezza.

Polis turut mendedahkan modus operandi sindiket dipercayai menggunakan laluan laut dan syarikat penghantaran, dengan dadah disorok dalam bentuk barangan seperti β€œchopping board”.

PDRM menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti dadah dan menyeru orang ramai menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN 012-208 7222.

PDRMSABAH

PolisDanMasyarakatBerpisahTiada

likesharefollowfbpolissabah

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *