


Pada 07/01/2026 jam lebih kurang 7.50 petang pihak polis IPD Klang Selatan menerima makluman daripada seorang lelaki untuk mengambil adik perempuannya.
Semasa perbincangan tiba-tiba teman lelaki kepada adik perempuan dan bapa teman lelaki yang masing-masing berumur 20 dan 46 tahun, telah mengamuk.
Kedua-dua lelaki tersebut berjaya ditenangkan oleh pihak polis.
Hasil semakan lanjut mendapati bahawa kedua-dua lelaki tersebut mempunyai masalah kesihatan mental.
Kedua-dua penama telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Dalam kejadian ini, tiada orang yang mengalami kecederaan ataupun kerosakan harta benda.
Sekian, terima kasih.
(RAMLI BIN KASA) ACP
Ketua Polis Daerah Klang Selatan
