๐—ฉ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ ๐—ก๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐——๐—จ๐—ฃ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”


๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ โ€“ Cubaan menyeludup masuk 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini gagal apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C di perairan Sungai Besar, awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh
berkata, hasil maklumat daripada risikan Ibu Pejabat Maritim Malaysia, sebuah vesel dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan sekitar pukul 12.35 tengah malam ketika menghampiri muara Sungai Besar.

Jelas beliau, vesel terbabit enggan memberi kerjasama dan berlaku pergelutan ketika
anggota penguat kuasa cuba melakukan pemeriksaan. โ€œTekong bertindak terjun ke laut bagi meloloskan diri namun berjaya diberkas.

Vesel tersebut kemudiannya tersangkut kira-kira pukul 1.00 pagi pada jarak satu batu nautika barat daya muara Sungai Besar akibat air surut,โ€ katanya

Hasil pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan seorang tekong dan dua awak-awak warganegara Indonesia berusia antara 35 hingga 59 tahun, selain membawa 27 PATI terdiri daripada 20 lelaki dan 7 perempuan yang berumur 22 hingga 70 tahun.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini melalui laluan
tidak diwartakan dan tanpa dokumen sah, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), serta Akta Perikanan 1985 kerana menggaji
pekerja asing tanpa kebenaran. Kesemua suspek bersama vesel ditahan dan diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM)
Pulau Indah untuk tindakan lanjut.

Abdul Muhaimin dalam pada itu menegaskan Maritim Malaysia komited untuk terus
memperketat kawalan dan meningkatkan operasi bagi membanteras jenayah rentas
sempadan di perairan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah atau insiden di laut diminta
menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 atau
talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

.

MaritimeNation #MalaysiaCoastGuard #MaritimMalaysia #PerisaiSamuderaNegara #MalaysiaMADANI #ARPA #KDNMadani #MDNCoastGuard #MADANIBekerja #ReformKDN #KDNYakinMADANI Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *