𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 πŠπ„ππ„π‘π‹π”π€π, 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 π‘π€π‡πŒπ€π‡: πˆππˆπ’πˆπ€π“πˆπ… 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π‘π€π‡πŒπ€π‡ πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πƒπˆππ„π‘π‹π”π€π’

11 Jan 2026

Usaha memastikan rakyat memperoleh barangan keperluan asas pada harga yang berpatutan terus diperkukuh melalui pelaksanaan Jualan Rahmah MADANI dan Jualan Agro MADANI di seluruh negara. Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan kos sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sebanyak 23,000 program Jualan Rahmah MADANI akan dilaksanakan, melibatkan penawaran barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran setempat. Langkah ini membolehkan rakyat mendapatkan keperluan asas dengan lebih mudah dan mampu milik.

Selain itu, sebanyak 5,000 program Jualan Agro MADANI akan dianjurkan sepanjang tahun ini bagi memastikan bekalan hasil pertanian dan makanan segar dapat diperoleh secara terus pada harga yang berpatutan, sekali gus menyokong kestabilan harga makanan serta kesejahteraan pengguna.

Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan pendekatan berterusan dalam memastikan akses kepada barangan keperluan asas yang mencukupi dan berpatutan, di samping membantu mengekang tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.

Inisiatif Jualan Rahmah MADANI dan Jualan Agro MADANI ini telah diumumkan dalam Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh YAB Perdana Menteri, selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pendekatan yang inklusif dan berfokuskan keperluan sebenar masyarakat.

JabatanPerdanaMenteri

MalaysiaMADANI

MADANIBekerja

RancakkanMADANI

TaatSetia

@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *