













KUALA LUMPUR, 13 Jan – Laksamana Madya Badarudin bin Taha secara rasmi telah mengambil alih tugas Timbalan Panglima Tentera Laut ke-25 daripada Laksamana Madya Datoβ Pahlawan Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin hari ini bertempat di KD SRI GOMBAK. Turut berlangsung ialah majlis serah terima tugas Panglima Latihan dan Doktrin TLDM di antara Laksamana Muda Datoβ Pahlawan Abd Halim bin Hj Shaari dan Laksamana Muda Mohd Razib bin Tahir.
Majlis disaksikan oleh Panglima Tentera Laut selaku Pemangku Panglima Angkatan Tentera, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain bersama ahli Jawatankuasa Laksamana TLDM dan warga Navy People sekitar Lembah Klang.
Laksamana Madya Badarudin telah dilahirkan di Bagan Datuk, Perak pada 28 Disember 1967. Beliau telah menyertai TLDM pada 4 Julai 1988 dan ditauliahkan pada 30 Jun 1990. Antara jawatan yang pernah disandang sepanjang perkhidmatannya termasuk Pengarah Kanan Sumber Manusia di Markas Tentera Laut, Ketua Pengurusan, Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Markas Tentera Laut.
Terlebih dahulu, Panglima Tentera Laut selaku Pemangku Panglima Angkatan Tentera telah menyempurnakan pemakaian pangkat Laksamana Madya Badarudin yang sebelum ini berpangkat Laksamana Muda. Selain itu, Pegawai Kanan TLDM yang dinaikkan pangkat adalah seperti berikut:
- Laksamana Pertama Hj Shahriman bin Hj Mahmud dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda
- Laksamana Pertama Mohd Razib bin Tahir dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda
- Laksamana Pertama Muhamad Shakir bin Salleh dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda
- Kepten Abdul Jamal bin Mohd Nasir TLDM dinaikkan ke pangkat Laksamana Pertama
- Kepten Farizan bin Hussain TLDM dinaikkan ke pangkat Laksamana Pertama
- Kepten Khairul Ayzan bin Taib TLDM dinaikkan ke pangkat Laksamana Pertama
- Kepten Wan Baderul Hisan bin Wan Muda TLDM dinaikkan ke pangkat Laksamana Pertama
- Komander Sugenderan a/l Nagalan TLDM dinaikkan ke pangkat Kepten TLDM
- Komander Mohd Zulkarnain bin Rawi TLDM dinaikkan ke pangkat Kepten TLDM
- Komander Sharedzwan bin Saharudin TLDM dinaikkan ke pangkat Kepten TLDM
- Leftenan Komander Mohd Fiqri bin Othman TLDM dinaikkan ke pangkat Komander TLDM
- Leftenan Komander Muhammad Izar bin Alias TLDM dinaikkan ke pangkat Komander TLDM
Turut dinaikkan pangkat adalah lapan orang Leftenan Muda PSSTLDM ke Leftenan Madya PSSTLDM.
