





15 Jan 2026
Putrajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita barangan bernilai RM11.4 juta dalam siasatan kes rasuah tender perolehan yang melibatkan bekas Panglima Tentera Darat (PTD).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata aset berkenaan dirampas hasil risikan dan maklumat siasatan di dua lokasi, masing-masing sebuah rumah di Kuala Lumpur dan Besut, Terengganu.
Menurutnya, antara barangan disita ialah wang tunai berjumlah RM4.4 juta, mata wang asing bernilai RM1.4 juta serta sebuah kereta Range Rover SVR bernilai RM360,000.
Katanya turut disita 26 unit jam tangan mewah bernilai RM2.3 juta, pelbagai barangan kemas bernilai RM294,039.90, dua cincin berlian berharga RM20,000, jongkong emas seberat 3.7 kilogram bernilai RM2.5 juta, medalion emas seberat 150 gram bernilai RM102,000 serta dua dinar emas seberat 8.5 gram bernilai RM5,780.
KERTAS SIASATAN
Sementara itu ,
kerrtas siasatan membabitkan kes rasuah dan salah guna dana Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Kementerian Pertahanan melibatkan dua pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dijangka siap selewat-lewatnya Jumaat depan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata siasatan kes berkenaan telah dijalankan oleh SPRM sejak 7 Okt, bagaimanapun ia tidak diumumkan.
Beliau berkata, dalam siasatan berkenaan, pihaknya turut menahan empat pegawai kanan ATM dan sembilan orang awam bagi membantu siasatan.
Sumber berita :BernamaNews
📸 Faisal Jaafar | BERNAMA
