HIDROGEN DIJANGKA GANTI MINYAK FOSIL DALAM TEMPOH 10 TAHUN LAGI

KUCHING, 16 Jan – Sarawak mahu mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga baru seperti hidrogen dalam tempoh lima tahun.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu penting bagi persediaan mengganti sumber tenaga fosil yang dijangka kurang nilai dalam tempoh 10 tahun lagi.

Jelasnya, unjuran terbabit dibuat selepas mengambil kira perubahan iklim dan piawaian sumber tenaga dunia yang semakin beralih ke tenaga hijau.

“Jika kita sudah mempunyai tenaga alternatif, tidak ada orang yang membeli minyak. Saya berharap dalam tempoh lima tahun ini, hidrogen akan menjadi pemain utama kerana kini sudah terdapat penambahbaikan dalam teknologi,” Katanya.

Datuk Patinggi Abang Johari bercakap kepada media selepas Majlis Kesyukuran dan Solat Sunat Hajat Agensi-agensi Islam Sarawak di Kuching, malam ini.

Beliau turut mendedahkan kos pembinaan kompleks astronomi dan falak di Teluk Bandung, Pantai Damai telah diunjur semula kepada RM 150 juta.

Pemotongan kos itu dibuat hasil kajian perbincangan baru-baru ini.

Beliau mahu pusat itu kelak dijadikan sebagai pusat kajian astronomi secara intensif bagi melahirkan anak-anak islam pakar dalam bidang astronomi.

Beliau sebelum itu turut menyertai lebih 300 jemaah dalam Solat Maghrib, Isyak dan solat sunat hajat.

Dickin

rtmsarawaknews

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *