
17 Jan 2026
(Berita Ringkas)
Sembilan warga Indonesia termasuk seorang transporter dan dua tekong laut serta enam migran, diberkas menerusi Ops Pintas Bersepadu di kawasan Sungai Boh, Serkat, di Pontian hari ini.
Ketua Polis Daerah Pontian Supt Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata operasi pada 2 pagi itu hasil maklumat risikan mengenai kegiatan penyeludupan keluar dan masuk migran ke negara ini menerusi laluan yang tidak diwartakan.
