
MIRI, 18 Jan – Dua individu melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita disahkan rentung selepas sebuah kuarters pekerja musnah dalam satu kejadian kebakaran di Kuarters Woodman, Estate Hostel Baram, awal pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5:59 pagi.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng telah digerakkan ke lokasi kejadian.
LOKASI KEJADIAN
Setibanya di lokasi kejadian mendapati kebakaran telah memusnahkan sebuah struktur kuarters kayu berkembar setingkat dua pintu.
Setakat ini, operasi masih dijalankan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
DEBBIE AMANDA
